KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

10 Mei 2010

Perbicaraan Anwar Bersambung Hari Ini...Ikutilah Maklumat Perbicaraan Terkini Dari Masa Ke Semasa...

>> MONDAY, MAY 10, 2010


KUALA LUMPUR, 10 Mei — Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung hari ini dengan barisan peguam bela dijangka menyoal balas bekas pembantu khas Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini.

Saiful merupakan pengadu dalam kes liwat itu.

Akhir Mac lalu, Mahkamah Tinggi menetapkan hari ini untuk meneruskan prosiding kes tersebut.

Saiful sepatutnya disoal balas pada 8 Feb lalu setelah pihak pendakwaan selesai membuat pemeriksaan utama pada 5 Feb tetapi kes itu tertangguh kerana Anwar memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri kerana didakwanya berat sebelah tetapi hakim itu membuat keputusan untuk tidak menarik diri.

Bagaimanapun, pada 16 Mac, Anwar menarik balik rayuannya itu dengan alasan mahu supaya kes itu dipercepatkan.

Justeru Mohamad Zabidin menetapkan 10 hingga 14 Mei, 31 Mei hingga 4 Jun, 14 Julai hingga 23 Julai dan 2 Ogos hingga 30 Ogos untuk menyambung semula perbicaraan.

Anwar yang juga ketua pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meliwat Saiful di sebuah apartmen di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.