KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

09 Mei 2010

MB pesan segera daftar e-Sinar

YAN - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta ketua kampung dan penghulu dilantik Kerajaan Negeri supaya lebih bertanggungjawab menguruskan pendaftaran e-Sinar terhadap mana-mana rakyat susah bagi membolehkan mereka menerima manfaat Skim Kafalah yang diperkenalkan sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau itu berkata, Kerajaan Negeri mendapati masih ramai golongan memerlukan di negeri ini yang tidak mendaftar untuk Skim Kafalah dan mengisi borang e-Sinar meskipun pelbagai inisiatif dibuat bagi menggalakkan lebih ramai memanfaatkan skim ini.

Lebih mengecewakan, beliau menerima maklumat terdapat segelintir penghulu yang masih menyimpan borang e-Sinar yang sudah diisi dan tidak menyerahkannya kepada Pejabat Daerah kerana bersifat tidak bertanggungjawab terhadap amanah diberikan.

“Perbuatan itu menyukarkan bantuan dan sumbangan disalurkan kepada mereka memandangkan Kerajaan Negeri mahu berlaku adil dan tidak mahu seseorang penerima bantuan menerima pelbagai sumbangan seperti zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Tekun, manakala satu pihak memerlukan tidak menerima apa-apa.

“Ketua kampung dan penghulu kena pastikan borang e-Sinar diserahkan kepada pihak sepatutnya. Ini adalah kebajikan. Katakanlah seseorang itu layak terima bantuan, tetapi kita simpan borang dia, mahukah kita jawab di akhirat esok? Ingat, ini amanah orang ramai,” katanya dalam ucapan sewaktu menyempurnakan Majlis Sumbangan Bantuan JKM dan Skim Kafalah Kerajaan Negeri di Dewan Orang Ramai Guar Chempedak, di sini, kelmarin.

Mengenai perkembangan perlaksanaan Skim Kafalah, Azizan menjelaskan Kerajaan Negeri mengeluarkan peruntukan sebanyak RM900,000 bagi tiga bulan pertama tahun ini dan ianya disalurkan ke setiap akaun wakil rakyat terlibat untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

“Bajet Kedah bagi tahun 2010 memperuntukkan RM14 juta untuk hal-hal kebajikan di mana sebanyak RM3.6 juta disalurkan untuk Skim Kafalah.

“Setakat ini, Kerajaan Negeri sudah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM900,000 dan kami menjangka dapat menyalurkan lebihan peruntukan itu ke setiap golongan memerlukan di seluruh negeri ini,” katanya.

Azizan turut menegaskan Kerajaan Negeri kini sedang mengumpul dana dan membuat pelaburan bagi meningkatkan lagi peruntukan yang terdapat dalam Tabung Tunku Mahmud yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu.

“Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak dapat mengeluarkan sebarang dana dari tabung itu kerana kami sedang berusaha untuk menggandakan lagi kantung tabung melalui beberapa pelaburan yang dibuat,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 210 penduduk daerah Yan menerima bantuan kewangan, lima menerima sumbangan kerusi roda dan sembilan lagi menerima basikal daripada pejabat JKM daerah ini, manakala 43 penduduk terpilih sebagai penerima Skim Kafalah pada kali ini.

Kesemua sumbangan disampaikan oleh Azizan diiringi Pengarah JKM, Zulkifly Ramli.

Turut hadir, Exco Pelancongan dan Pembangunan Wanita, Siti Aishah Ghazali, Exco Kesihatan, Ismail Salleh, Exco Belia, Sukan, Kesenian dan Warisan, Dr Hamdan Mohamed Khalid dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.