KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

01 Mei 2010

Kota Tunku Yaacob siap 2012


ALOR SETAR 30 April - Projek pembangunan semula Kota Tunku Yaacob dan kawasan sekitarnya di tengah-tengah bandar raya ini yang menelan kos kira-kira RM550 juta dijangka siap sepenuhnya menjelang 2012.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak Razak berkata, projek pembangunan bersepadu itu melibatkan pembinaan kompleks membeli-belah bernilai RM350 juta dan kondominium (RM50 juta).

Katanya, turut dibangunkan ialah hotel 15 tingkat bertaraf empat bintang yang kemudian akan dinaik taraf kepada lima bintang bernilai RM150 juta.

"Sekiranya berjalan lancar, projek ini dijangka siap dalam tempoh 18 bulan dan ia adalah tempoh yang akan merubah wajah bandar raya ini menjadi lebih bertenaga.

"Kita menggunakan konsep pembangunan baru seperti Orchard Road di Singapura yang antara lain turut bertujuan menarik kedatangan lebih ramai pelancong ke Kedah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Azizan berkata, apabila projek di kawasan berhadapan Menara Alor Setar itu siap kelak, ia akan menjadi mercu tanda baru bagi bandar raya ini.

Menurutnya, projek pembangunan semula Kota Tunku Yaacob yang terbengkalai sejak hampir 30 tahun itu melibatkan usaha sama antara Bina Darulaman Bhd. (BDB) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Katanya, ia turut melibatkan syarikat pemaju Belleview Bina Sdn. Bhd.