AZLAN (kanan) cuba melepasi pemain Terengganu dalam saingan
Liga Super di Stadium Darulaman malam tadi.

Selangor kekal di persada liga atasi Johor FC di Pasir Gudang
BARISAN 10 pemain Selangor tetap mampu mengorak langkah untuk meninggalkan pencabar terdekatnya apabila menamatkan saingan pusingan pertama dengan menewaskan Johor FC 3-1 dalam aksi di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam tadi.

Mohd Amirulhadi Zainal Noordin meledakkan dua gol pada minit ke-41 dan 74, dan tatkala Nasriq Baharom dilayangkan kad merah, Hardi Jaafar menambah gol ketiga sebelum Mohd Azwan Roya menghasilkan gol tunggal tuan rumah pada minit terakhir perlawanan.
Terengganu yang sebelum perlawanan menghuni tangga kedua gagal merapatkan jurang, sebaliknya kedudukan mereka dirampas Kelantan selepas tewas 4-0 kepada Kedah di Stadium Darulaman.
Baddrol Bakhtiar membuka jaringan dengan rembatan kencang dari hujung kotak penalti pada minit ke-45 disusuli hatrik Azlan Ismail pada minit ke-48, 67 dan 78.