KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

21 Mei 2010

Kalau Nak Keluar Parti Bagi Notis sebulan : Fuziah Salleh

>> FRIDAY, MAY 21, 2010

KUALA LUMPUR, 21 Mei — Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpendapat pendekatan Pengarah Pilihan Rayanya memberi notis satu bulan kepada ahli-ahli yang kecewa agar meninggalkan parti itu membuktikan ia semakin serius dalam usaha melakukan perubahan besar.



Menurut Ketua Penerangannya, Latheefa Koya, PKR kini lebih serius untuk memperjuangkan keadilan rakyat.



“Saya bersetuju dengan nasihat (Fuziah Salleh) itu memandangkan kini PKR merupakan sebuah parti yang semakin diterima rakyat dan kita tidak mahu ahli yang bermasalah dalam parti.



“Parti ingin melakukan perubahan besar terutamanya dalam kepimpinan dan bagi ahli yang bermasalah dan tidak boleh menerima dasar dan perjuangan parti dialu-alukan untuk keluar kerana parti tidak memerlukan mereka,” katanya kepada The Malaysian Insider.



Beliau berkata isu ahli ataupun pemimpin PKR keluar parti hanya isu kecil cuma ia diperbesarkan dalam media.


“Media kata ramai ahli PKR keluar tetapi ramai lagi ahli baru yang menyertai kita cuma ia tidak diperbesarkan,” katanya.



Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Mohd Akin melihat nasihat itu sebenarnya menunjukkan satu ketegasan parti kepada pemimpin-pemimpin yang telah keluar sebelum ini dan berharap tiada lagi yang bertindak sedemikian.

“Kenyataan yang dikeluarkan untuk menunjukkan satu ketegasan parti kepada pemimpin-pemimpin parti yang telah keluar sebelum ini demi untuk memantapkan parti.



“Selain itu, sempena Kongres Nasional PKR tidak lama lagi kita mahukan satu perubahan dan semangat baru dalam kalangan ahli.



“Ini kerana kita mahukan jadikan kongres itu sebagai satu platform untuk melakukan perubahan,” katanya.



Shamsul Iskandar yang juga Pengerusi PKR Melaka memberitahu sebenarnya tiada sebarang kesan kepada parti sekiranya ahli ataupun pemimpin yang bermasalah keluar parti.



“Sebenarnya tiada sebarang kesan kerana kita hanya mahukan ahli yang benar-benar komited kepada perjuangan parti.


“Ia juga merupakan satu langkah penjenamaan semula parti memandangkan kini PKR semakin diterima rakyat,” katanya.


Fuziah (gambar) memberikan “nasihat mesra” dengan mengatakan pemimpin dan ahli yang berhasrat mahu meninggalkan parti boleh berbuat demikian dalam tempoh sebulan ini.



Nasihat itu diberikan Fuziah ekoran siri tindakan keluar parti kebelakangan ini dan mahu mahu memulihkan imej parti yang dilihat tercalar dengan serangan bertubi-tubi termasuk laporan tindakan keluar parti segelintir wakil rakyat dan pemimpin cabang dan negeri.



“Selaku pengarah pilihan raya, saya berpendapat mereka yang merasakan tidak lagi dapat memenuhi kepentingan peribadi mereka... mungkin mereka ini menyertai PKR (dulu dikenali sebagai Keadilan) atas alasan boleh mendapat manfaat peribadi, tetapi sekarang merasakan sebaliknya, wajar meninggalkan parti,” kata beliau.


“Saya beri notis kepada semua yang hendak melompat dari PKR untuk berbuat demikian dalam tempoh satu bulan. PKR akan membuat ‘rebranding’ (penjenamaan semula) selepas ini.



“Saya juga memaklumkan bahawa ‘we mean business’ dalam parti. Kita mahu PKR seiring dalam Pakatan Rakyat dan sesiapa yang hendak main-main (tidak serius) dalam PKR tidak diperlukan,” kata Ahli Parlimen Kuantan itu.

Pendapat itu turut disokong Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abd Rahman yang menyifatkan tindakan keluar parti mungkin disedari Fuziah dan ia turut menjejaskan imej dan krediabiliti PKR sebagai sebuah parti yang memperjuangkan keadilan rakyat.



“Itu adalah pandangan peribadinya, mungkin beliau nampak setiap kali pilihan raya pasti ada ahli yang keluar sebab itu beliau memberi nasihat sedemikian.



“Tindakan keluar parti ini sedikit-sebanyak menjejaskan imej dan krediabiliti parti,” katanya.



Beliau berkata tindakan ahli dan pemimpin yang keluar parti merupakan satu pengkhianatan kepada parti dan juga rakyat.



“Apa yang dilakukan ahli tersebut merupakan satu pengkhianatan kepada parti dan juga rakyat kerana mereka membalas kepercayaan yang diberikan rakyat dengan mengkhianatinya.



“Fuziah telah bekerja keras selama ini dan beliau pasti tidak mahu parti dikhianati sebegitu jadi lebih baik jika ada ahli dan pemimpin yang berkepentingan sendiri keluar daripada PKR.


“Kalau nak keluar, keluar senyap-senyap. Buat apa nak hebohkan,” tegasnya.

Sementara itu, Pengarah Strategi, Chua Tian Chang berkata parti tidak akan menghalang sekiranya ada ahli dan pemimpin bermasalah yang mahu meninggalkan parti.

“PKR adalah parti untuk semua bukan bersendirian dan bagi mereka yang ada motif dialu-alukan untuk keluar.


“Jadi bagi saya kenyataan Fuziah itu lebih kepada untuk memperkukuhkan dan penjenamaan semula parti, itu sahaja,” katanya.


Namun, Timbalan Presiden, Senator Dr. Syed Husin Ali dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut.



“Tiada komen, cukuplah dengan kenyataan yang dikeluarkan Fuziah,” kata Syed Husin.



“Itu pendapat beliau dan saya tidak mahu komen,” kata Zuraida pula.