KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

17 Mei 2010

Diskaun saman dimansuh.. jadi beringatlah...

Diskaun saman dimansuh


MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memansuhkan kadar diskaun yang ditawarkan kepada penerima saman pelbagai kesalahan lalu lintas berkuat kuasa minggu lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, berkata selain itu, satu pendekatan lain juga akan dilaksanakan iaitu dengan mengenakan penalti jika mereka lewat membayar saman berkenaan. "Sebagai contoh, notis tawaran kompaun bagi kesalahan lalu lintas yang dendanya RM70 mungkin naik hingga RM100 jika lewat dibayar hingga tiga bulan. "Ketika ini, kadar sebenar belum diputuskan dan cadangan ini akan dibawa ke mesyuarat Kabinet tidak lama lagi. Kertas cadangan mengenainya sudah diserahkan kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, langkah itu diperkenalkan berikutan nilai tunggakan saman yang belum dijelaskan bagi tempoh 2000 hingga 2008 adalah kira-kira RM16.9 juta.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPJ 2009, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di Ayer Keroh, dekat sini, semalam.

Pada majlis itu 495 pegawai JPJ Semenanjung menerima anugerah khidmat cemerlang. Sebelum ini, 90 anggota JPJ pelbagai pangkat dari zon Sabah dan Sarawak, masing-masing menerimanya pada majlis sama yang diadakan 18 April dan 3 Mei lalu di Kota Kinabalu dan Kuching.
Solah berkata, tindakan memansuhkan diskaun saman itu bukan bertujuan menambah kutipan hasil kerajaan, sebaliknya mahu menanam kesedaran di kalangan pemandu supaya lebih bertanggungjawab ketika di jalan raya.

Beliau berkata, menerusi konsep baru itu, pemilik saman akan dididik supaya segera menjelaskan kompaun bagi mengelak nilainya berganda, sekali gus mengajar mereka lebih beretika dan mematuhi peraturan lalu lintas ketika memandu.

Mengulas kekalutan yang dicetuskan pengusaha 'teksi sapu' serta van pelancong di Pekan Danok, Thailand yang menghalang kemasukan 1,000 pelancong menggunakan 30 bas dari Malaysia ke Hatyai, baru-baru ini, Solah berkata, isu itu akan diselesaikan secara baik tidak lama lagi.

"Satu mesyuarat membabitkan pihak berkuasa pengangkutan Thailand dan pegawai Kementerian Pelancongan akan diadakan di Jitra, Kedah pada Selasa ini untuk membincangkan isu Permit Pengedaran Antarabangsa (ICP) serta soal peraturan lalu lintas yang perlu dipatuhi pengusaha terbabit ketika memandu di negara ini,” katanya.

Katanya, 'Ops Check Mate' yang dilaksanakan JPJ di kawasan itu bukan bertujuan menyekat rezeki pengusaha van berkenaan, cuma JPJ mahu setiap pemilik kenderaan dari Thailand mematuhi syarat permit ICP yang boleh dimohon di lapan pintu sempadan dan sah digunakan di Malaysia selama 180 hari.[BH]