KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.

26 Mei 2010

Dato’ Bashah cipta isu untuk ‘syok sendiri’


Laporan berita RTM hari ini kononnya 51 ahli PAS Cawangan Alor Penyengat, Alor Setar yang diketuai oleh Abu Bakar Husein adalah pembohongan yang paling nyata.

Daripada rekod keahlian PAS Kawasan Alor Setar, hanya Abu Bakar seorang adalah ahli PAS. Dia adalah bekas ahli Umno sebelum menyertai PAS dan kembali ke pangkuan Umno. Selain Abu Bakar, semuanya dikenalpasti bukan ahli PAS.

Abu Bakar menyertai Umno dipercayai untuk mendapat kemudahan tertentu seperti jalan mini tar ke rumahnya. Di kalangan kira-kira sejuta ahli PAS, terdapat seorang yang longgar pegangannya terhadap parti bukan perkara pelik.

Tapi apa yang peliknya ialah orang yang bernama Abu Bakar Husein ini telah dua kali mengisytiharkan keluar PAS masuk Umno. Pertama kali ialah pada 18 Mac 2010 dia menyerahkan 61 borang kepada Ketua Umno Bahagian Alor Setar, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah. Kali kedua di hadapan orang yang sama, pada 24 Mei 2010 dalam satu majlis yang diadakan di rumahnya sendiri. Kali ini mereka melaporkan 51 ‘ahli PAS masuk Umno.’

Hakikatnya, berita 'ahli PAS masuk Umno' di kawasan Alor Setar akhir-akhir ini hanyalah berita recycle, bohong dan penuh propaganda. Dato' Ahmad Bashah mencipta isu untuk 'syok sendiri' bagi menunjukkan kekuatan di saat ramai ahli-ahli dalam bahagiannya sendiri keluar parti untuk menyertai PAS.

Pada 28 Mei 2010, satu majlis penyerahan borang kemasukan ahli-ahli Umno dalam Bahagian Alor Setar ke dalam PAS akan diadakan di Taman Wira Mergong dalam satu program ceramah yang akan diadakan di situ.


Kenyataan akhbar oleh:

ZULKIFLI YAHAYA Ketua Penerangan PAS Kawasan Alor Setar.