KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.

14 Mei 2010

Betul Ka.. Bekas Timb. Pengerusi KTHP Kata Kerajaan Kedah Lemah Dalam Masalah Urus Tadbir Dan Pelaburan Di Kedah... Tolong Jawab Sapa yang Lemah...


>> FRIDAY, MAY 14, 2010


Kedah bakal hilang pelabur di KHTP?

KULIM 13 Mei - Kedah mungkin kehilangan pelaburan bernilai ratusan juta ringgit ekoran kegagalan kerajaan negeri menguruskan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) di sini dengan cekap.

Bekas Timbalan Pengerusi KHTP, Datuk Chong Itt Chew mendakwa, berdasarkan maklumat yang diterimanya, para pelabur kini mula menyuarakan kebimbangan terhadap kelemahan urus tadbir dan usaha kerajaan negeri mengekalkan pelaburan sedia ada di negeri itu.

Lebih membimbangkan katanya, keadaan tersebut juga menimbulkan implikasi negatif memandangkan beribu-ribu pekerja akan hilang punca pendapatan sekiranya pelabur mengambil keputusan menutup kilang dan berpindah ke kawasan lain.

"KHTP mungkin berdepan dengan situasi malang jika kerajaan negeri terus gagal mengambil tindakan proaktif mewujudkan iklim pelaburan yang baik.

"Situasi ini sungguh berbeza dengan zaman pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu. Kini, pelabur hanya menunggu masa untuk cabut lari kerana mereka kurang yakin menanam modal," katanya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Jalan Paya Besar dekat sini kelmarin.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini melaporkan, pengeluar cip komputer terkemuka, Intel Corporation dijadual menutup operasi kilang membabitkan unit pemasangan, pengujian dan penyelidikannya di KHTP dalam tempoh setahun.

Difahamkan, operasi unit kilang tersebut akan dipindahkan ke Arizona, Amerika Syarikat.

Berikutan itu, seramai 500 pekerja kilang terbabit yang kebanyakannya berjawatan pengurus dan jurutera dijangka hilang kerja atau berdepan dengan kemungkinan dipindah ke kawasan lain.

Intel merupakan antara pelabur terbesar di KHTP dengan nilai penanaman modal kini melebihi AS$3.7 bilion (RM12.95 bilion).

Itt Chew yang juga bekas Exco kerajaan negeri berkaitan pelaburan memberitahu, selain situasi tersebut, kerajaan Kedah turut gagal memainkan peranan menarik pelabur baru terutamanya pelaburan langsung asing (FDI) ke KHTP.

"Semasa BN memerintah, kita berjaya menarik kira-kira RM1.24 bilion pelaburan setahun ke situ. Angka ini bukanlah suatu rekaan dan semua pihak boleh semak rekod kita," katanya.

Tambah beliau, kejayaan kerajaan negeri pimpinan BN menarik pelaburan baru ketika itu dianggap memberangsangkan kerana ia membuka peluang kepada puluhan ribu penduduk bekerja dalam sektor industri dan perkhidmatan di KHTP.

Sejak beroperasi pada 1996, KHTP berjaya menerima kemasukan daripada 21 syarikat multinasional dengan jumlah pelaburan RM23 bilion.

Dari segi peluang kerja pula, KHTP telah menawarkan 16,000 pekerjaan meliputi pelbagai bidang seperti pembuatan cip, elektronik, kejuruteraan dan sokongan.

Selain Intel, antara syarikat terkemuka yang menjalankan operasi di situ adalah Infineon, Fuji Electric, First Solar, Entegris dan Frontken.