ALOR SETAR - 12 pengunjung pusat hiburan di Jalan Putra di sini, ditahan dalam Ops Noda yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, awal pagi, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata, serbuan bermula jam 1 pagi dan berakhir 3 pagi itu membabitkan operasi di tiga lokasi pusat hiburan berasingan di sekitar daerah ini.
Menurutnya, operasi dijalankan berdasarkan maklumat orang ramai dan hasil risikan pegawai dan anggotanya berikutan beberapa pusat hiburan itu meneruskan operasi melebihi waktu dan syaratlesen operasi sehingga jam 1 pagi.
“Dalam serbuan itu 12 yang ditahan iaitu tujuh lelaki dan lima wanita warga tempatan kerana masih berada di pusat hiburan tersebut ketika operasi dijalankan.
“Semua mereka ditahan dan dibawa ke IPD Kota Setar untuk ujian saringan air kencing dan keputusannya mengesahkan dua lelaki lingkungan 20-an yang ditahan positif dadah,” katanya.
Beliau berkata, kedua-dua lelaki positif dadah itu ditahan reman selama empat hari bermula Selasa lalu bagi membantu siasatan kerana memiliki dadah jenis syabu.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan di pusat hiburan di Jalan Alor Mengkudu di sini, pemilik pusat hiburan itu dikenakan tindakan kerana melanggar syarat lesen operasi pusat hiburan selepas jam 1 pagi, selain membenarkan seorang pengunjung bawah umur berada di pusat hiburan tersebut.
Menurutnya, kesalahan lain, pemilik pusat hiburan itu juga gagal mempamerkan lesen hiburan dalam premis terbabit dan kes didakwa mengikut Seksyen 11(3) Enakmen Hiburan.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata, serbuan bermula jam 1 pagi dan berakhir 3 pagi itu membabitkan operasi di tiga lokasi pusat hiburan berasingan di sekitar daerah ini.
Menurutnya, operasi dijalankan berdasarkan maklumat orang ramai dan hasil risikan pegawai dan anggotanya berikutan beberapa pusat hiburan itu meneruskan operasi melebihi waktu dan syarat