KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

28 April 2010

Tiga tahun lulus, masih tiada tindakan


KUALA KANGKONG – Setahun berlalu sejak Sinar Harian menyiarkan kisah keluarga dari Kampung Permatang Kangkong memohon Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) membaiki rumah usang mereka, namun sehingga kini masih tiada sebarang perkembangan.

Ahli keluarga itu, Che Putih Omar, 30, berkata, masuk tahun ini sudah hampir tiga tahun dia sekeluarga menunggu Keda untuk membaik pulih keadaan rumah ibunya yang telah usang itu.

Menurutnya, dia sangka apabila kisah keluarganya tersiar di akhbar akan mendapat perhatian Keda, namun tidak seorang pun yang turun menjenguk ke rumah mereka untuk melihat keadaan serba daif itu.
“Sudah hampir tiga tahun permohonan saya untuk meminta Keda membaiki rumah ini telah diluluskan tetapi mereka masih tidak datang untuk membaiki melainkan datang sekali semasa menilai keadaan rumah itu.

“Kalau kami tak dapat kelulusan untuk baiki rumah, memang kami tidak kisah. Tapi dah hampir tiga tahun kami sekeluarga tinggal dalam keadaan yang tidak selesa,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Che Putih berkata, mereka tidak berkemampuan untuk membaiki kerosakan dalam rumah itu kerana hanya suaminya yang bekerja menampung keluarga mereka dengan pendapatan bulanan hanya RM500 sebagai tukang mesin rumput.

Menurutnya, Keda bersetuju untuk membaiki kebanyakan bahagian rumah yang bocor dan lantai yang tidak disimen serta membuat semula pendawaian elektrik dalam rumah mereka.

“Saya dimaklumkan kos anggaran membaiki rumah ini adalah lebih RM8,000 dan keadaan kewangan kami tidak mengizinkan untuk membaik pulih rumah yang didirikan atas tanah pusaka arwah bapa saya ini.

“Dengan pendapatan suami ini juga, kami harus membayar semua bil dan membeli keperluan harian dalam rumah ini, malah yuran sekolah dua anak masih lagi tertangguh,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Fatimah Yahya, 69, berkata, sekarang dinding rumahnya terpaksa dipasang kain rentang yang tidak lagi digunakan untuk menutup lubang-lubang pada dinding.

Menurutnya, setiap kali hujan lebat, mereka terpaksa menadah baldi terutama di bahagian dapur kerana zink bumbung masih berlubang, belum dibaiki.

“Manakala bilik air untuk kami semua mandi juga tidak ada. Kami hanya mandi menggunakan air dari dapur dan dilindungi kain langsir yang digantung sebagai pemisah,” katanya.