KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

06 April 2010

TEKUN peruntuk RM23j di Kedah

Oleh ZAINU‘L AZHAR ASH‘ARI

ALOR SETAR 5 April – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Negeri Kedah memperuntukkan RM23 juta untuk membantu 2,000 usahawan di seluruh negeri ini sepanjang tahun lalu.

Pengurusnya, Mohamad Saidi Azizan memberitahu, ia menurun sedikit berbanding RM27 juta bagi 2008 yang melibatkan seramai 2,400 usahawan.

“Kami (TEKUN) Negeri Kedah pada mulanya menyasarkan jumlah RM26 juta pada tahun lalu tetapi disebabkan kemelut ekonomi dan sebagainya jumlah peruntukan terpaksa dikurangkan,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan cek pinjaman TEKUN oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut seramai 40 usahawan menerima cek pinjaman TEKUN daripada Ahmad Bashah yang berjumlah RM225,000.

Menurut Mohamad Saidi, daripada jumlah yang diberikan pada tahun lalu, sebanyak 64 peratus telah membuat pembayaran balik pinjaman tersebut kepada TEKUN.

“Kebanyakan pinjaman melibatkan jumlah antara RM3,000 hingga RM10,000 walaupun secara maksimum usahawan boleh memohon sehingga RM50,000,” katanya.

Beliau menjelaskan, sepanjang tiga bulan pertama tahun ini pula iaitu dari Januari hingga Mac, pihaknya telah mengeluarkan peruntukan RM3.9 juta kepada 610 usahawan.

Mohamad Saidi menjelaskan, peruntukan tersebut diberikan kepada usahawan-usahawan dalam pelbagai bidang termasuk berasaskan pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.

“TEKUN sentiasa membantu usahawan menjalankan projek yang diusahakan menerusi pinjaman disediakan,” kata beliau.