KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

12 April 2010

Pegawai masjid: Pemuda PAS Kedah buat laporan polis


Mohd Shubihi Muhamad Zain
ALOR SETAR, 12 April: Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya mengetuai lebih 20 orang ahli jawatankuasa dewan itu membuat laporan polis terhadap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Paduka Ahmad Bashah Haniffah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, kelmarin.

Laporan itu dibuat ekoran daripada kenyataan Ahmad yang disiarkan sebuah akhbar 6 April lalu yang didakwa cuba menghasut imam dan pegawai-pegawai masjid di negeri itu untuk mengingkari titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Beberapa hari lalu, Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) telah mengeluarkan arahan kepada imam dan pegawai masjid yang berusia lebih 60 tahun untuk mengisi Borang M4 yang berkaitan dengan had umur kelayakan penjawat jawatan dalam organisasi masjid.

Ahmad Bashah dilaporkan mempertikai tindakan Jaik mengeluarkan arahan yang didakwanya bermotifkan politik dan tidak pernah berlaku di zaman pemerintahan Barisan Nasional dahulu.

Sementara itu, Ustaz Ahmad yang dihubungi berkata, Ahmad Bashah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata juga berniat jahat dengan mendakwa tindakan Jaik itu adalah bertujuan untuk memecat imam dan pegawai masjid dari jawatan yang disandang mereka.

“Ahmad Bashah telah mencampuri hal ehwal agama Islam yang berapa di bawah naungan Tuanku Sultan Kedah. Kita minta polis siasat beliau yang menghasut imam dan pegawai masjid mengingkari titah perkenan Tuanku Sultan.

"Beliau juga telah membangkit suasana tidak harmoni di kalangan mereka yang bertanggungjawab terhadap institusi masjid yang paling dihormati," katanya.