KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg87XKikw39a3vJCvpdUibyX82iG1VlyvT2zjJPDJzXR6SuDPpZFLRriOKkjgYjQQA4w_abrhw3REDwa6cVYms0ZsyfspYyMsFroKxSZibPXpJV-LtA-6eGf30u73kGC11O39enUULmu-k/s760/header+poster+60thn-280911A+copy.jpg

12 April 2010

BN derhaka Sultan, musuhi KCS

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA


Syarikat Air Darul Aman (SADA) menjadi mangsa serangan bertubi-tubi BN akibat isu air. Masalah tekanan air rendah di segelintir tempat akibat penggunaan air berlebihan di musim kemarau ‘digunakan sebaik-baiknya’ oleh BN untuk memburukkan kerajaan negeri.

Walaupun SADA adalah syarikat baru hasil dari pengkorporatan Jabatan Bekalan Air (JBA) Kedah, tenaga pengurusannya bukan seratus peratus baharu. Hampir keseluruhannya orang lama, bekerja di tempat yang sama cuma dijenamakan semula berdasarkan pentadbiran dan pengurusan sebuah syarikat.

Jika dahulu JBA diketuai oleh seorang pegawai tadbir kerajaan negeri (KCS), sekarang pun tenaga KCS juga yang diletakkan di situ sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). CEO SADA ialah Dato’ Adzmi Din bekas Pegawai Daerah Sik.

Apabila saban hari SADA dikecam dengan teruk oleh para pemimpin BN melalui demonstrasi, memorandum dan kenyataan liar maka tidak salah jika CEOnya pun bertindak mempertahankan diri.

“SADA bertungkus lumus, berkerja hingga larut malam untuk menyiapkan pelan perancangan pembangunan dan pengurusan air untuk rakyat tiba-tiba difitnah dengan pelbagai tuduhan.

“Usia SADA baru dua bulan dan kerajaan hari ini baru dua tahun memerintah sedang pemerintah terdahulu yang berkuasa selama berpuluh-puluh tahun mengabaikan masa depan rakyat dari segi bekalan air dengan tidak merancang pembangunan keperluan air supaya seimbang dengan pertambahan penduduk, pembangunan perumahan dan kepesatan industri,” ujar Dato’ Adzmi Din.

Kenyataannya keras macam orang politik walhal dia cuma pegawai kerajaan. Berdesing telinga para pemimpin BN Kedah dibuatnya. Namun Dato’ Adzmi tidak boleh dipersalahkan kerana kenyataan yang keluar dari mulutnya boleh dianggap akibat dari provokasi keterlaluan BN terhadap KCS mutakhir ini.

Dalam perkembangan terbaru, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah telah menyelar pejabat agama di negeri ini kerana mengeluarkan borang M4 kepada segelintir pegawai masjid, kononnya untuk memaksa mereka bersara. Menurut Ahmad Bashah, ia berpunca dari perbezaan fahaman politik pegawai tersebut. Dengan bahasa yang lebih mudah beliau mendakwa, mereka dipaksa berhenti kerana menyokong Umno.

Yang dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) yang menaungi Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Dato’ Syeikh Uzir Baharom dengan tegas menjawab, institusi itu berada bawah bidang kuasa Sultan Kedah dan tidak terikat dengan pandangan atau kefahaman parti politik yang memerintah.
"Tidak betul untuk berkata kita main politik. Apa yang kita buat hanyalah keputusan majlis (MAIK) supaya imam yang sudah melangkau umur 60 dan tidak lagi berminat, lebih baiklah mereka pencen.
"Semua idelogi politik tidak ada kena mengena dengan kita," tegas Syeikh Uzir.

Sementara itu Pengarah JAIK, Datuk Khairuddin Zin berkata, semua pegawai masjid yang berusia lebih 60 tahun dan uzur diminta mengisi borang bersara untuk memberi laluan kepada pegawai masjib baru.

“Kita menerima aduan dari anak khariah mengenai beberapa pegawai masjid yang usia lanjut dan mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dan disiasat ada kebenarannya, jadi mereka diminta mengisi borang bersara,” katanya.

Kenyataan yang berlaku di negeri ini, sebahagian pegawai yang diminta bersara itu terdiri dari pelbagai pihak. Maksudnya ada penyokong PAS, Umno atau tidak berparti. Tetapi semua orang akur dan tidak buat kecoh kecuali Umno tanpa usul periksa melemparkan tuduhan terhadap pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dengan selamba menjelaskan bahawa hal ehwal agama adalah di bawah naungan Sultan. Maknanya jika pemimpin Umno mengkritik pentadbiran agama samalah seperti mereka mengkritik Tuanku Sultan.

Dari segi amalan pun, sejak PAS memerintah Kedah kepimpinan politik dalam kerajaan (Menteri Besar dan anggota Exco) tidak pernah membuat ‘arahan-arahan politik’ kepada pegawai dan kakitangan kerajaan. Sebaliknya sewaktu BN memerintah dahulu kakitangan kerajaan tertekan dengan arahan politik mereka.

Walaupun di Kedah, BN adalah pembangkang namun ia tidak melunturkan keegoan mereka untuk terus membuli rakyat berasaskan perhitungan politik. Keluaran lalu saya telah mendedahkan bagaimana Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) menarik balik bantuan perumahan PPR yang telah diluluskan kepada orang miskin hanya kerana dikenalpasti kemudiannya bahawa orang itu adalah penyokong PAS.

Rupanya, selepas tersiar laporan itu, seorang aktivis masyarakat mendedahkan pula satu lagi cerita kejam di Tanjung Musang, Pokok Sena. Seorang ibu tunggal miskin beranak 12 mendapat bantuan rumah Keda. Semua peralatan pembinaan sudah dilonggokkan di tapak rumah PPR yang akan dibina. Malangnya belum pun pembinaan bermula semua peralatan itu diangkut balik. Alasannya sangat mudah, ibu tunggal itu adalah penyokong PAS.

Hari ini dengan bantuan dana yang banyak disalurkan oleh Pusat melalui pemimpin BN, dijadikan alat untuk mengugut atau membeli sokongan.

Seorang ADUN BN di Kedah menjadikan penyokong PAS yang miskin sebagai sasaran untuk menghulurkan bantuan. Strateginya sangat mudah, dengan membantu penyokong PAS (yang kemudiannya berpaling tadah) lebih untung dari membantu penyokong BN kerana penyokong BN akan tetap menyokong BN.

Modus operandi yang digunakan oleh ADUN itu ialah mensyaratkan penerima bantuan itu mesti mengisi borang keahlian Umno. Tidak cukup dengan itu, orang itu dipantau secukupnya oleh JKKP dan mesti hadir ke setiap program anjuran mereka. Setelah mereka berpuas hati bahawa orang itu sudah bersama mereka barulah bantuan diberi. Kira-kira sama macam strategi Dajjal pengandar susu di akhir zaman yang memberi minum kepada orang yang beriman kepadanya dan kufur terhadap Allah.
Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) Nasional Kedah memperuntukkan RM3.9 juta untuk membiayai pinjaman usahawan di seluruh negeri bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Prosesnya biasa juga, semuanya melalui rangkaian politik Umno. Kriteria kelayakan berdasarkan parti politik seperti ini sudah diamalkan oleh para pemimpin BN melalui kerajaan yang mereka kuasai sejak berdekad. Sebab itu BN boleh berkuasa dengan lama, kerana kuasa dan wang yang ada dijadikan modal untuk terus berkuasa.

BN menekan kakitangan kerajaan Persekutuan untuk bertindak berasaskan nafsu serakah politik mereka tetapi gagal menekan kakitangan kerajaan negeri kerana mereka tiada hak terhadap pentadbiran negeri. Serangan mereka terhadap KCS kononnya pihak tersebut bertindak menurut kriteria politik mungkin untuk melepas geram kerana BN tidak boleh membuli kakitangan kerajaan negeri sekarang seperti yang mereka lakukan sewaktu berkuasa dahulu.

Kakitangan kerajaan negeri sudah selesa bersama dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Rakyat juga selesa. Maka tiada alasan untuk BN mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri, melainkan semua keselesaan yang wujud itu akan dihancurkan dengan sekelip mata oleh BN.