ALOR SETAR - Orang ramai yang membiarkan dan: tidak membersihkan kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes akan diberikan notis untuk tindakan mahkamah.
Mereka bakal berhadapan hukuman denda berjumlah RM10,000 atau hukuman penjara selama dua tahun mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000).
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Unit Kawalan Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar, Ahmad Fauzi Mohd Noor berkata, tindakan mahkamah itu dikuatkuasakan Januari tahun ini dan tindakan tersebut hanya dijalankan di daerah Kota Setar.
Menurutnya, sebelum ini mereka yang didapati bersalah dikenakan kompaun sejumlah RM300 bagi rumah kediaman dan perusahaan atau kilang pula dikenakan kompaun sejumlah RM500.
“Kita akan mengarahkan pemilik kediaman ataupun kilang untuk membersihkan kawasan dahulu dalam tempoh dua minggu namun sekiranya masih ingkar kita akan kenakan tindakan mahkamah.
“Tindakan yang dilakukan ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan terutama sekali membersihkan kawasan pem:biakan nyamuk Aedes,” katanya kepada media selepas bergotong-royong bersama penduduk Taman Sejati, Simpang Kuala, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Darul Aman, Lee Guan Aik turut membuat tinjauan sewaktu aktiviti gotong-royong yang bukan sahaja dijalankan oleh penduduk Taman Sejati malahan turut mendapat kerjasama daripada Environment Idaman.
Ahmad Fauzi berkata, tujuan tindakan tersebut adalah untuk membantu mengurangkan jumlah kes demam denggi kerana setakat bulan Januari hingga Mac tahun ini, jumlah pesakit yang disyaki dijangkiti demam denggi bagi daerah Kota Setar adalah sebanyak 20 kes.
Beliau berkata, Jabatan Kesihatan akan sentiasa memberi pendidikan kesihatan kepada orang ramai mengenai langkah pencegahan jangkitan demam denggi dengan mengadakan pelbagai aktiviti melibatkan komuniti termasuk mengadakan gotong-royong.
Sementara itu, Guan Aik berkata, orang ramai perlu memberi kerjasama dengan Jabatan Kesihatan dan sentiasa membersihkan kawasan yang menjadi lokasi pembiakan Aedes.
“Kita mahu semua pihak sentiasa memberikan kerjasama untuk memastikan kawasan di perumahan masing-masing dalam keadaan bersih dan sentiasa mencuci tempat air bertakung.
“Selain itu, saya juga akan mencadangkan kepada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk membaiki sistem perparitan di Taman Sejati dengan membina parit konkrit kerana ini adalah satu cara mengelak air bertakung,” katanya.