KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.

10 Mac 2010

Pemimpin perlu ikhlas - Sultan


ALOR SETAR- Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mengingatkan golongan pemimpin, terutama yang beragama Islam agar tidak berbangga dengan kuasa yang dimiliki.

Titah baginda, kuasa adalah amanah daripada Allah S.W.T. untuk dilaksanakan oleh golongan pemimpin dengan sebaik-baiknya bagi memenuhi keperluan rakyat dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini.

“Kerana itu, dalam menunaikan amanah ini, setiap pemimpin perlu ada sifat keikhlasan agar pentadbiran yang dilaksanakan mendapat restu dan hidayah daripada Allah S.W.T.,” titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah, agama Islam yang dibawa oleh Rasullah S.A.W. berdiri di atas prinsip luhur yang tidak mempunyai tipu helah dan prinsip itu telah menjadi dasar yang mendatangkan kebaikan kepada manusia sejagat.

“Agama Islam telah hadir bertujuan untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan atau kejahilan untuk menuju ke jalan yang terang lagi benar dengan membetulkan akidah dan pembangunan serta akhlak.

“Garis panduan tertentu turut diberikan untuk membina masyarakat yang kukuh dan saling bantu membantu sesama umat manusia untuk kesejahteraan hidup,” titah baginda ketika menyampaikan ucapan pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Kedah, di sini, semalam.

Tuanku Abdul Halim bertitah, sambutan Maulidur Rasul yang disambut pada setiap tahun dapat menyemarakkan semula nilai kemanusiaan kerana agama Islam merupakan agama suci yang didokong oleh umat sejagat.

Baginda bertitah, Allah telah memberi amanah kepada Rasullah S.A.W. kerana yakin dengan keperibadian yang ada pada baginda untuk memimpin umat manusia.

Majlis yang bertema Memantapkan Ukhwah, Memperkasakan Ummah turut diserikan dengan pameran Artifak Kesenian Islam daripada khazanah Muzium Istana Topkapi, Istanbul.

Pada majlis yang sama, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam turut berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada Zakaria Ismail, 73, dari Jeneri, Sik yang merupakan pengasas Madrasah Irsydiah Islamiah dan beliau diiktiraf kerana jasa dalam pendidikan sekolah pondok menerusi penubuhan madrasah itu pada 1974.

Tokoh Imam pada tahun ini dianugerahkan kepada Abdul Somad Abdul Halim, 81, sebagai mengiktiraf sumbangan beliau sebagai imam Masjid Kampung Sena, Tobiar, Pendang sejak 39 tahun lalu.