KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg87XKikw39a3vJCvpdUibyX82iG1VlyvT2zjJPDJzXR6SuDPpZFLRriOKkjgYjQQA4w_abrhw3REDwa6cVYms0ZsyfspYyMsFroKxSZibPXpJV-LtA-6eGf30u73kGC11O39enUULmu-k/s760/header+poster+60thn-280911A+copy.jpg

08 Mac 2010

Murtad Hukumannya Bunuh!


"Sesiapa yang menukar keislamannya hendaklah kamu bunuh dia." (Maksud hadis para Perawi kecuali Muslim).

"Tidak halal darah seseorang muslim kecuali dengan salah satu daripada tiga perkara : Tayyib (duda/janda) yang berzina, qishash nyawa dengan nyawa dan orang yang menukar agamanya yang terpisah daripada jemaah (kaum muslimin)." (Maksud hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud).

"Mana-mana lelaki yang murtad daripada Islam, hendaklah kamu menyerunya supaya kembali kepada Islam jika dia mahu. Jika tidak, pancunglah tengkuknya. Dan mana-mana perempuan yang murtad, hendaklah kamu menyerunya supaya kembali kepada Islam jika dia mahu. Jika tidak, pancunglah tengkuknya." (Maksud hadis riwayat Thabarani daripada Mu’az bin Jabal).

Itulah di antara dalil-dalil yang menunjukkan betapa berat dan besarnya risiko murtad.

Pemuda dan pemudiku...

Maksud hadis-hadis di atas ialah mengenai Murtad dari Islam.

Bagaimana pula murtad dari perjuangan, maksud aku berpaling tadah dari perjuangan untuk menegakkan Islam atau keadilan atau kebenaran?

Jika murtad dari Islam dan selepas itu tidak mahu kembali kepada Islam, maka jawabnya roh si murtad itu tidak lagi bersama jasadnya.

Apa yang berlaku dalam senario "murtad politik" (perjuangan) dalam politik tanah air, kadang-kadangnya menaikkan harga seseorang itu, yang sepatutnya mengikut kaca mata Islam jika tidak nyawanya hilang dari badan seharusnya karier politiknya dikuburkan (kerana kita perlu diajar tidak akan menerima lagi orang yang perpaling tadah supaya menjadi pengajaran kepada orang lain).

Dan itulah antara tujuan hukum murtad dalam Islam dipraktikkan untuk memberi pengajaran kepada orang lain agar tidak murtad

Seseorang yang melakukan kesalahan displin parti selalu dihukum, tetapi yang anihnya orang yang murtad politik (perjuangan) tidak pernah dihukum. Mereka boleh menjadikan PAS seperti tandas nak masuk, masuk dan jika nak keluar, keluarlah tanpa ada sebarang tindakan, dan tidak dikira sebagai satu kesalahan displin yang paling berat.

Contoh 1: Si S keluar parti PAS, masuk UMNO selepas itu masuk sebuah parti politik pembangkang, dan selepas itu masuk PAS semula dan selepas itu masuk pula sebuah parti politik pembangkang - dan mungkin selepas itu akan jadi cukup terkenal - kesimpulannya Murtad Politik akan menaikkan harga diri.

Contoh 2: Si M dikenakan tindakan displin oleh PAS, tetap setia dengan PAS walau dipecat sebagai ahli, setelah lama menunjukkan kesetiaan dan tidak pernah murtad politik, lalu berusaha memohon jadi ahli - kadang-kadang cukup payah untuk diterima - kesimpulan kalau nak cepat diterima kena Murtad Politik, jadi hero tempat lain dahulu baru minta masuk semula.

Pemuda dan pemudiku,

Makhluk yang suka murtad politik adalah haiwan orpotunis, yang bijak mengambil peluang dimana sahaja celah yang terbuka untuk meloloskan diri ketingkat yang lebih tinggi, tanpa maruah diri. Akan menggunakan seluruh upaya diri mempamirkan kehebatan dalam pertuturan, pergaulan, harta benda demi tujuan yang satu iaitu mencapai cita-cita sendiri, bukan untuk rakyat marhain, sudah tentu lebih lagi bukan untuk Islam. Seseorang itu dinilai dari perlakuan zahirnya.

Murtad dari Islam - Hukumnya bunuh sebagai pengajaran kepada orang lain.

Murtad Politik, Hukumnya juga bunuh, iaitu bunuh karier politiknya oleh seluruh pimpinan politik tanah air (terutama pimpinan Politik Islam) sebagai pengajaran kepada orang lain.

Amat malang jika Si Murtad Politik yang kadang-kadang di tatang seperti minyak yang penuh, oleh pimpinan politik dan diterima oleh rakyat terbanyak.