KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg87XKikw39a3vJCvpdUibyX82iG1VlyvT2zjJPDJzXR6SuDPpZFLRriOKkjgYjQQA4w_abrhw3REDwa6cVYms0ZsyfspYyMsFroKxSZibPXpJV-LtA-6eGf30u73kGC11O39enUULmu-k/s760/header+poster+60thn-280911A+copy.jpg

16 Mac 2010

MB Kedah : Kerajaan PR terbukti mampu urus ekonomi

KOTA SARANG SEMUT - Bukti nyata Pakatan Rakyat (PR) mampu menguruskan ekonomi negeri ini dengan baik ialah apabila Kerajaan Negeri terus mampu bertahan meskipun mengalami kerugian sebanyak RM50 juta setelah mengurangkan bayaran cukai tanah sebaik mengambil alih pemerintahan dua tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, PR sememangnya mampu memerintah dengan baik jika diberi peluang.

“Ini yang sudah kita buktikan. Berbekalkan bajet hanya sebanyak RM180 juta sewaktu mengambil alih Kerajaan Negeri daripada Barisan Nasional (BN), kita masih mampu merencanakan projek yang menjurus kepada kemajuan rakyat di samping pembangunan yang berterusan berkat usaha Kerajaan Negeri menolak amalan rasuah dalam pentadbiran,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri kini sedang merungkai banyak ikatan perjanjian lama yang hanya menguntungkan segelintir pihak tertentu.

“Kita mahu ubah kepada perjanjian baru yang menguntungkan rakyat demi keadilan rakyat negeri ini yang membayar cukai setiap tahun,” katanya.

Menurutnya, pada 11 Mac lalu, beliau dikunjungi kerabat diraja Norway yang menyatakan hasrat mahu melabur di negeri ini dalam bidang akuakultur dengan nilai pelaburan RM400 juta.

“Jadi, dari sudut mana, UMNO dan BN menuduh kami tidak pandai membawa masuk pelaburan asing?”katanya.