KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

19 Mac 2010

Kubu UMNO Bakar Bata Sudah Terbakar & Relai





Taman Wira Mergong: Satu majlis penyerahan borang keahlian Pas oleh bekas JKKK selama empat penggal bersama 100 orang ahli yang lain sempena dengan program ceramah Pas Kawasan Alor Setar bertempat di Stadium mini KUIN.

Beliau yang dikenali dengan nama Pak Pin membuat penyerahan itu kepada Yb Dato Mahfuz Omar,Naib Presiden Pas.

Tindakan yang beliau ambil itu disebabkan tersangat kecewa dengan perjuangan UMNO.

"UMNO ini sebenarnya adalah perjuangan golongan yang mempunyai kepentingan periuk nasi dan mengejar habuan poket semata-mata",kata beliau dalam nada kesal dan kecewa.

Ini memberi tamparan yang hebat kepada YB Bashah memandangkan Taman Wira adalah fixed deposit ataupun kubu kuatnya.

Pada pilihanraya umum yang lalu beliau menang tipis dengan majoriti 315 undi hasil dari penyokong kuat beliau di Taman Wira.

Dua minggu lepas sekumpulan 100 orang pemuda dari blok C dan D mengambil langkah yang sama dan ini adalah permulaan kejatuahn Bashah di DUN Bakar Bata.

Penerangan isi semasa khasnya isi perumahan awam Taman Wira Mergong dan situasi air di Kedah dikupas secara perperinci oleh penceramah.

Ceramah semalam yang dihadiri lebih 1000 orang disampaikan oleh Yb Dato Hj Mahfuz,Yb Dr Ismail dan En Mohamad Sanusi Mohd Nor,setiausaha politik kepada YAB MB.