ALOR SETAR - Kedah muncul juara Kejohanan Bola Sepak Veteran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (Maksak) Malaysia 2010 apabila berjaya menumpaskan Kelantan, 3-1, di Padang Ipoh, baru-baru ini.
Setiausaha Kerja Maksak Kedah, Amirul Nizam Mahadzir berkata, dua gol kemenangan itu dijaringkan bekas pemain handalan pasukan Kenari era 1990-an, Mat Zahir Wahab selain jaringan bergaya daripada Syed Alwi Syed Abdullah.
“Mat Zahir bijak memperdaya penjaga gol lawan, Wan Kamarulzaman Mohamad untuk menjaringkan dua gol dalam setiap babak masa tambahan untuk menjulang Kedah. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar,” katanya.
Menurutnya, Kedah bertemu Kelantan pada perlawanan akhir, selepas mengetepikan lawan masing-masing di separuh akhir. Kedah menyingkirkan Selangor 2-1 manakala Kelantan mengecewakan tuan rumah, Perak pada agregat 2-1.
“Laluan untuk Kedah tidak mudah pada peringkat awal, apabila kita tewas pada Kelantan 1-0 sebelum mara ke suku akhir menentang juara bertahan, Terengganu. Bagaimanapun semangat juang pemain yang tinggi membuahkan hasil apabila berjaya tumpaskan Terengganu dalam masa tambahan, 2-1,” katanya.
Kedah memperoleh kemenangan berganda apabila salah seorang pemainnya, iaitu Syed Alwi Syed Abdullah dinobatkan penjaring terbanyak (lima gol) dan pemain terbaik perlawanan akhir.
Perlawanan akhir turut disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.