KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg87XKikw39a3vJCvpdUibyX82iG1VlyvT2zjJPDJzXR6SuDPpZFLRriOKkjgYjQQA4w_abrhw3REDwa6cVYms0ZsyfspYyMsFroKxSZibPXpJV-LtA-6eGf30u73kGC11O39enUULmu-k/s760/header+poster+60thn-280911A+copy.jpg

17 Mac 2010

Didikan agama benteng hindari gejala moral - MB

KAMPUNG BONGOR – Kerajaan Negeri berusaha untuk memastikan akhlak dan moral umat Islam terus dipertahankan, digilap dan dijaga dengan baik.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, rakyat yang berakhlak dan mengenal tuhan akan lebih mengenali ibu bapa, jiran tetangga seterusnya memperbaik hubungan sesama insan.

Menurutnya, kepentingan bersolat adalah penting untuk mendidik anak-anak di peringkat awal supaya mereka menjadi anak yang soleh dan solehah serta mampu membawa wawasan pada masa depan untuk agama, bangsa dan negara.

“Sembahyang adalah wajib ke atas umat Islam dan ianya perlu dilakukan dalam apa jua keadaan, sama ada ketika sakit ataupun sihat. Sembahyang merupakan pendinding paling ampuh untuk mencegah manusia daripada melakukan perbuatan yang ditegah olah agama,” katanya.

Azizan,anak-anak perlu diberi ilmu agama pada peringkat usia rendah lagi kerana asas agama i akan memberi pendedahan awal mengenai hala tuju masa depan mereka.

Menteri Besar berkata demikian ketika merasmikan Penutupan Kem Anak Soleh, Program Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Kedah bersama Yayasan Islam Negeri Kedah di Maktab Mahmud Baling, di sini, semalam.

“Apabila mereka dibekalkan dengan ilmu agama, sudah tentu mereka terdidik dan mempunyai akhlak yang tinggi serta terhindar daripada melakukan perkara yang ditegah oleh agama,” katanya.

Menurutnya, kesedaran mengenai suasana yang dihadapkan dengan banyak masalah moral ketika ini seharusnya mencetuskan kesedaran ibu bapa untuk lebih memberi penekanan mengenai agama dalam mendidik anak mereka.

“Saya yakin sekiranya mereka dibekalkan dengan ilmu yang berguna, sudah tentu masa depan mereka lebih terdedah dengan perkara yang baik sekali gus menghidarkan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik,” katanya.

Kem yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu disertai kira-kira 200 kanak-kanak sekolah rendah di Baling bagi memperoleh pengalaman dan mendidik mereka mengenai ilmu solat dan agama.