KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg87XKikw39a3vJCvpdUibyX82iG1VlyvT2zjJPDJzXR6SuDPpZFLRriOKkjgYjQQA4w_abrhw3REDwa6cVYms0ZsyfspYyMsFroKxSZibPXpJV-LtA-6eGf30u73kGC11O39enUULmu-k/s760/header+poster+60thn-280911A+copy.jpg

24 Mac 2010

Ayaq Tak Dak : 10 tahun lamanya.. PR 2 tahun, BN 8 tahun..

Terpaksa jimat guna air perigi


KAMPUNG SAWA – Sebuah keluarga di sini menyuarakan rasa kecewa kerana tidak pernah memperoleh bekalan air bersih seperti jiran tetangga mereka yang lain walaupun sudah lebih 10 tahun menetap di situ.

Normah Md Nasir, 50, berkata, sejak mula tinggal di situ, dia dan keluarganya terpaksa menggunakan air perigi.

Menurutnya, dia hanya bergantung kepada perigi lama dekat rumahnya untuk digunakan sebagai keperluan harian.

“Saya hanya bergantung kepada air perigi itu untuk memasak, minum dan segalanya walaupun menyedari air itu tidak bersih dan boleh bawa penyakit.

“Saya sedar air perigi itu kotor namun tiada cara lain dapat dilakukan melainkan menggunakan juga dan bimbang apabila melihat air perigi itu semakin berkurangan terutamanya pada musim kemarau,” katanya kepada Sinar Harian.

Normah berkata, dia akan menggunakan air perigi itu secara berjimat-cermat kerana air itu akan kering setiap tahun.

“Saya tidak mampu memasang bekalan air kerana dimaklumkan kos pemasangan terlalu mahal sedangkan suami hanya bekerja sebagai penoreh getah sahaja yang memperoleh sumber pendapatan tidak menentu.

“Saya juga meminta bantuan daripada penghulu kawasan ini namun sehingga kini tiada apa-apa maklumat yang dimaklumkan,” katanya.

Menurutnya, dia terpaksa mengangkut air daripada rumah adik apabila air perigi itu kering.

Sementara itu, disebabkan masalah ketiadaan bekalan air ini, sebanyak 400 pokok salak berhampiran rumahnya mengalami kerosakan menyebabkan dia mengalami kerugian.

“Air perigi itu hanya mencukupi untuk keperluan makan dan minum, tidak cukup untuk digunakan menyiram pokok salak.

“Tanaman salak dapat menjana pendapatan yang tinggi jika air disiram mencukupi dan tanaman itu hanya bergantung kepada air hujan sahaja,” katanya.

Normah berharap agar pihak berkenaan dapat turun padang membantunya kerana tidak mahu terus bergantung kepada air perigi dan ingin mengusahakan tanaman salak bagi menjana pendapatan keluarga.