KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

23 Januari 2010

Tugas imam sangat luas dalam masyarakat

Tugas imam sangat luas dalam masyarakat

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

SUNGAI PETANI – Sebagai tonggak kepada perkembangan Islam, imam bukan sahaja berperanan dalam mengimamkan solat, malah ianya perlu diperluaskan kepada tugas agama dan sosial yang dapat meninggikan taraf masyarakat dari segi pengetahuan, kesihatan dan sebagainya.

Oleh itu, sepertimana para pemegang jawatan kepimpinan lain, imam juga mempunyai amanah besar yang akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT di akhirat kelak. Demikian ditegaskan oleh Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada Multaqa Imam Peringkat Negeri Kedah bersama YAB Menteri Besar yang diadakan di Hotel SP Inn, di sini.

Katanya, para imam sebagai pemimpin dalam masyarakat perlu menyedari bahawa umat Islam hari ini berhadapan dengan cabaran yang datang dari dalam dan luar.

“Musuh mempunyai pelbagai strategi untuk hadapi Islam dalam abad ke 20 dan abad 21 ini. Mereka boleh bising bila Iran buat nuklear, mereka bising bila Pakistan buat nuklear, sebab Iran dekat dengan Israel,” ujar beliau membuka pandangan terhadap cabaran global dihadapi Islam masa kini.

Maka para imam katanya, perlu mengkaji dan saling berbincang mengenai strategi musuh terhadap umat Islam dan merangka tindakan menghadapinya.

Menurut beliau, 1.5 juta daripada 1.9 juta rakyat Kedah adalah mereka yang beragama Islam. Pun begitu tegasnya, beliau tidak mahu umat Islam di negeri ini hanya memiliki majoriti tetapi tidak mempunyai kualiti.

“Kita tak mau orang Islam dari segi kuantiti, tapi tak ada kualiti. Oleh sebab itu kita mahu asak biar semua kedudukan, persiapan untuk menjadikan umat Islam di Kedah terpelihara akidahnya, dia tak akan dicabar (agama), dilindungi, melindungi.

“Oleh itu, kita perlu pada masjid, kita perlu pada sekolah, kita perlu pimpinan masjid bermula daripada imam, pegawai masjid dalam menggerakkan aktiviti Islam,” ujar beliau.

Jelas beliau, termasuk usaha ke arah itu adalah melalui pendidikan di mana kerajaan negeri bercadang membuka pengajian tahfiz sains hingga berjaya melahirkan profesional yang juga menghafal al-Quran.

Oleh demikian, masjid-masjid yang ada di seluruh negeri Kedah akan digunakan sebagai tujuan tersebut bagi melahirkan masyarakat yang bukan sahaja berilmu dan cemerlang dalam hidupnya, malah mereka praktikkan ajaran Islam dalam setiap aktiviti sebagai kejayaan dunia dan akhirat.

“Kita dalam perancangan dengan jabatan agama untuk buat tahfiz sains, mereka (jabatan agama) sebagai perancang, kerajaan akan tolong, setiap daerah ada masjid, kita lahirkan jemaah akan datang ini melibatkan tahfiz, kita bagi dia tahfiz, bagi ilmu MRSM, selepas itu dia akan jadi jurutera tahfiz, arkitek tahfiz,” jelas beliau.

Malah, dalam berhadapan kemelut sosial, kerajaan negeri katanya, berusaha menjayakan pembangunan insan melalui penganjuran Kem Bina Sahsiah disamping memberi perhatian kepada perkembangan Kolej Universiti Insaniah.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama Dan Pelajaran, Koperasi Negeri, YB. Dato’ Haji Mohamed Taulan Mat Rasul; Mufti Negeri, Dato’ Syeikh Badruddin Haji Ahmad, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, Dato’Haji Kharudin Zain serta Timbalan Pengarah, Tuan Haji Fathullah Suhaimi Ismail.