KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg87XKikw39a3vJCvpdUibyX82iG1VlyvT2zjJPDJzXR6SuDPpZFLRriOKkjgYjQQA4w_abrhw3REDwa6cVYms0ZsyfspYyMsFroKxSZibPXpJV-LtA-6eGf30u73kGC11O39enUULmu-k/s760/header+poster+60thn-280911A+copy.jpg

15 Disember 2009

Potongan 25% Lunaskan Hutang Biasiswa


Oleh: AMELIA HASHIM

ALOR SETAR, 9 Disember: Lembaga Biasiswa Negeri Kedah menawarkan potongan 25 peratus kepada peminjam biasiswa berkenaan sekiranya mereka mahu melunaskan hutang manakala peminjam yang sengaja tidak mahu menjelaskan hutang akan dikenakan tindakan tegas.

Sekiranya peminjam masih berdegil, Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan tegas dengan mendaftarkan nama mereka termasuk penjamin dalam sistem CTOS (Credit Tips Services) untuk disenarai hitamkan selain tindakan mahkamah, kata . Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Sri Azizan Abdul Razak pada sidang media selepas mempengerusikan mensyuarat mingguan Exco di sini.

Ujarnya, sehingga kini peminjam yang tidak aktif merekodkan hutang sebanyak 3,096 orang melibatkan jumlah pinjaman sebanyak RM18,373,061. Lembaga Biasiswa Negeri Kedah hanya dapat mengutip balik pinjaman daripada 1,088 penerima sahaja. Tahun ini jumlah kutipan sebanyak RM1.37 juta setakat November manakala sebanyak RM1.69 berjaya dikutip pada tahun lalu.

“Kita menawarkan potongan 25 peratus ini untuk menggalakkan mereka membayar balik hutang. Bagaimanapun peminjam perlu menjelaskan baki pinjaman sekali gus untuk mendapat tawaran potongan 25 peratus yang berkuatkuasa Januari depan,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri memandang serius isu pembayaran balik kerana melibatkan wang rakyat dan akan digunakan untuk pelajar-pelajar selepas mereka dari tahun ke tahun.

Sekiranya peminjam sudah meninggal dunia penjamin tidak akan dituntut membayar hutang penerima pinjaman yang dijamin sebaliknya waris peminjam perlu menjelaskan hutang melalui kaedah yang disetujui.

Selain itu untuk mendapatkan balik wang yang dipinjam, majikan juga boleh memberi kerjasama bagi melangsaikan hutang pekerja mereka menerusi skim potongan gaji.

Lembaga Biasiswa Negeri Kedah akan menghantar permohonan untuk potongan gaji kepada majikan peminjam berkenaan, sekiranya mereka masih enggan membayar.


Beliau berharap cadangan ini mendapat sambutan majikan dan peminjam Setakat ini Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah memberi kerjasama menerusi skim potongan gaji di kalangan kakitangannya. Lain-lain cara untuk mendapatkan balik hutang pinjaman pelajaran ini ialah kempen dari rumah ke rumah setiap peminjam yang degil untuk membayar.