Bersempena dengan bulan Ramadhan Al Mubarak tahun ini, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Pengkalan Kundor telah mula memberi sumbangan kepada warga miskin, petugas HalWa, Guru SRIDU Guru PASTI dan juga Amilin keseluruhannya. Sumbangan bermula pada 20 Sept 2008 di Surau batu 10 Kota Sarang Semut, 21 Sept 2008 di Dewan Al Amin markas Pengkalan Kundor, 22 Sept 2008 di PASTI Upu Taman Bersatu Alor Ibus dan 23 Sept 2008 bertempat di Kuala Kangkong.
Yang Berhormat Dato Ir. Hj. Phahrolrazi bin Haji Zawawi dan Yang Berbahagi Datin telah sudi bagi menyampaikan sumbangan tersebut.
Yang Berhormat Dato Ir. Hj. Phahrolrazi bin Haji Zawawi dan Yang Berbahagi Datin telah sudi bagi menyampaikan sumbangan tersebut.
Sumbangan kali ini diberikan kepada kurang lebih 550 orang dan peruntukan telah diperolehi dari Upu-Upu sendiri, sumbangan orang tertentu, dan dari pelbagai pihak. Terima kasih kepada semua.
PKWR DUN PENGKALAN KUNDOR mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK Dun, para petugas zon-zon dan kepada semua yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung.