KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

11 Mei 2008

PROGRAM MERAKYATKAN SENI DAN BUDAYA

Jabatan Kebudayaan dan Warisan Negeri Kedah Darul Aman telah mengambil inisitif dengan melaksanakan suatu program yang dikenali PROGRAM MERAKYATKAN SENI DAN BUDAYA bertempat di Kampung Tepi Laut Tebengau. Program ini telah melibatkan beberapa agensi kerajaan seperti pasukan bomba, polis, jabatan kerja raya dan lain-lain. Sekolah Kebangsaan Tebengau telah menjadi pusat program disamping mesjid Kampung Tebengau digunakan sebagai lokasi menyediakan makanan untuk jamuan rakyat. Difahamkan pehak urusetia telah menumbangkan seekor lembu besar dan memasak beberapa kawah nasi untuk penduduk setempat dan para jemputan yang lain. Di antara tentatif program tersebut adalah;

JUMAAT 9 MEI 2008.
Gotong Royong membersih persekitaran kawasan Kampung Tepi Laut dan kampung berdekatan serta di sebelah malamnya diadakan pula pertunjukkan wayang pacak.

SABTU 10 Mei 2008.
Di sebelah pagi: senaman Seni Malaysia, Pertandingan Mewarna, Melukis, Pameran agensi kerajaan dan NGO. Pertandingan gubahan dan masakan tempatan, persembahan berzanji dan pelancaran PMS.
Tengahari pula jamuan rakyat.
Manakala di sebelah petang pula pelbagai pertandingan diadakan. Penyampaian hadiah diadakan pada pukul 6.00 petang.
Akhir sekali satu pertunjukkan wayang kulit kesukaan ramai dari Asun bermula 8.30 hingga 11.00 malam.