KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.

05 Mei 2008

ALUAN DAN SELAMAT DATANG

Dalam kesibukan melayan tetamu dan pengundi sempat juga YB Ir. Haji Fahrolrazi bin Hj. Zawawi selaku wakil rakyat merangkap Exco Pembangunan Luar Bandar berucap dan memberi sepatah dua kata dalam majlis jamuan kenduri tersebut. Di antara lain beliau mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengundi yang memilih beliau sebagai wakil rakyat mereka dalam PRU ke 12 yang lalu. Tak lupa jugalah ucapan terima kasih itu ditujukan kepada seluruh petugas parti yang bermula dari Pengarah MTD dan seluruh jawatankuasa di semua peringkat UPU atau cawangan. Sesungguhnya dengan berkat usaha gigih kita yang tidak mengira penat lelah dan dengan pertolongan Allah s.w.t. itulah yang dapat kecapi kemenangan sekarang ini. Akhirnya beliau berjanji akan berkhidmat sebaik mungkin mengikut landasan dan kehendak Agama Islam yang diredhai Allah azawajalla.