KAMI, SEMUA JAWATANKUASA MTD MENGALU-NGALUKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA KE 13

TABUNG PEMBINAAN MARKAZ

Pengarah dan seluruh jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk tabung pembinaan markaz yang 75% siap itu. Sumbangan anda bolehlah secara tunai atau melalui akaun Bank Islam MalaysiaBerhad bernombor 02-011-010085539. Segala pemberian dan sumbangan tuan/puan itu mudah-mudahan tuhan sajalah dapat membalasnya. Nombor telefon/faks yang boleh dihubungi ialah: Pejabat DUN 04-7718027, Pengarah 0195445355 atau Bendahari 0124633754.
http://4.bp.blogspot.com/-gRMIyy96NG4/Tol9H55l69I/AAAAAAAAABM/3QIuo10ddq0/s760/header%2Bposter%2B60thn-280911A%2Bcopy.jpg

15 Mac 2008

Exco Kedah: 7 PAS, 3 PKR

Kerajaan baru Kedah yang kini dipimpin PAS dan PKR melantik barisan exconya dengan agihan tujuh untuk parti Islam itu dan tiga untuk PKR.
Bagi jawatankuasa mesyuarat kerajaan negeri (exco) yang diperuntukkan kepada PKR, seorang wakil rakyat India dan Cina terpilih.Pembangkang menguasai 23 daripada 36 kerusi negeri dengan pecahan 17 PAS, lima PKR dan satu DAP.
Sepuluh Adun mengangkat sumpah dan menerima tauliah sebagai anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) daripada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah hari ini(12 Mac). Jawatan exco yang dikhaskan untuk wanita PAS diserahkan kepada Aishah Ghazali, Adun Merbau Pulas.
Adun PAS yang dilantik:
- Ir. Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor),
- Mohd. Taulan Mat Rasul (Tokai),
- Ir. Amiruddin Hamzah (Anak Bukit),
- Dr. Hamdan Mohamed Khalib (Tanjong Dawai),
- Abdullah Jusoh (Pantai Merdeka), dan
- Dr. Ismail salleh (Alor Mengkudu).
Adun rakan perkongsiannya PKR:
- V. Arumugam (Bukit Selambau),
- Mohd. Razhi Salleh (Lunas), dan
- Tan Wei Xu (Bakar Arang).
Turut hadir di istiadat tersebut Menteri Besar, Azizan Abdul Razak.